Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM, Shah Alam

Bersama Membenteras Jenayah Keselamatan Terjamin
Tegas, Adil Dan Berhemah
  Mengenai Kami
Pengenalan PDF Print E-mail
Written by administrator   
Wednesday, 20 June 2012 00:00

PERUTUSAN KETUA POLIS BANTUAN (KPB)

 

Assalammualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapatlah saya meneruskan usaha murni untuk memartabatkan Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM yang dahulunya Bahagian Keselamatan di UiTM.Terlebih dahulu saya selaku Ketua Polis Bantuan UiTM Shah Alam mengucapkan salam sejahtera kepada semua. Saya berharap perutusan ini akan menjadi panduan kepada semua staf di Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM untuk meningkatkan lagi prestasi tugas.

Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM diberi tanggugjawab sepenuhnya terhadap Pengurusan Keselamatan di dalam kampus semenjak di tubuhkan pada tahun 1974, dan telah mengalami pelbagai perubahan selaras dengan perkembangan pesat universiti dalam pelbagai aspek.

Secara umumnya Polis Bantuan UiTM berkhidmat untuk mewujudkan dan memelihara suasana dan iklim yang ideal, tenteram dan aman di dalam kampus. Antara tanggungjawab yang dimainkan termasuk perkhidmatan kawalan keselamatan diri dan harta benda, penguatkuasaan peraturan lalulintas, siasatan kejadian jenayah dan pencegahan kebakaran. Disamping itu Polis Bantuan UiTM berperanan menjaga hubungan baik dengan jabatan luar seperti Polis, Tentera, JPJ dan Bomba.

Selaras dengan misi Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM ini untuk memberikan perkhidmatan yang profesional, berintergriti dan berakauntabiliti, beberapa usaha penambahbaikkan telah dilakukan. Antara yang telah di jalankan ialah pelaksanaan kawalan mengikut zon dan melaksanakan sistem aliran trafik yang lebih berkesan. Bahagian ini turut meningkatkan kecekapan anggota dan pegawai melalui kursus dan latihan. Kaedah penambahbaikkan ini di lakukan secara berterusan memandangkan bidang tugasan yang lebih kompleks dan peningkatan kes-kes jenayah di universiti.

Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM akan mempertingkatkan lagi sistem keselamatan dari semasa ke semasa seiring dengan kemajuan universiti. Antara perancangan masa hadapan bahagian ini ialah penggunaan teknologi terkini dan meningkatkan kecekapan anggota dengan latihan yang lebih berkesan. Diharapkan dengan usaha ini akan membolehkan bahagian keselamatan terus berkembang dan memberi sumbangan yang bermakna kepada universiti.

Pada kesempatan ini saya ingin memohon kerjasama dari semua warga kampus UiTM untuk sama-sama berusaha meningkatkan aspek keselamatan kerana tiada sesiapa lebih arif dalam menjaga diri dan harta benda melainkan diri kita sendiri. Saya berazam akan meningkatkan lagi peranan Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM supaya lebih mantap dan berkesan selaras dengan matlamat menjadikan UiTM sebagai universiti terunggul di dunia.

 

TUAN BADARUDIN BIN MOHD DOM (SUPT / PB)

KETUA POLIS BANTUAN UiTM SHAH ALAM

 

 

 

 

 

 

Last Updated on Wednesday, 20 June 2012 18:20